Costa Akui Berat Badan Punca Prestasi Merosot, Sokong Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Chelsea, Diego Costa mengakui berdepan dengan kenaikan berat badan sejak bermulanya aksi awal musim ini.

Malah Costa menjelaskan apa yang berlaku dalam pasukan sekarang bukannya salah pengurus, Jose Mourinho.

"Sejujurnya lima atau enam minggu lepas, saya tidak berada di tahap terbaik, terutama dari segi fizikal.

"Saya mengalami kecederaan penghujung musim lalu. Dan saya mungkin hilang diet yang betul ketika bercuti. Ia tidak sepatutnya berlaku.

"Berat badan naik sedikit dan ia memberi kepada permainan saya.

"Kamu boleh bersifat pentingkan diri sendiri dan menyalahkan pengurus, tetapi saya tidak akan berbuat demikian.

"Saya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, begitu juga dengan pemain-pemain lain.

"Pemain-pemain perlu dipersalahkan. Kami sedar tidak berada dalam prestasi seratus peratus ketika kembali beraksi. Kami pulang dari bercuti dengan tahap keyakinan tinggi dan menganggapnya keadaan seperti musim lalu.

"Dan apabila kami tersedar, pasukan sudah berada dalam situasi yang buruk," jelas pemain dari Brazil ini.

Sebelum itu, Mourinho berjanji akan meninggalkan skuad sekiranya pemain-pemain hilang kepercayaan kepadanya, namun Costa mendedahkan semua pemain tetap menyokong pengurus yang telah membawa mereka merangkul gelaran juara Liga Perdana musim lalu.

"Apabila situasi tidak berada dalam keadaan yang dijangkakan, orang akan sentiasa mencari kesalahan seseorang.

"Dalam sesetengah kes, mereka akan menyalahkan pemain, tetapi bagi situasi sekarang mereka menunding jari kepada pengurus kerana dia adalah Mourinho.

"Saya sudah melihat banyak kekalahan lebih daripada apa yang Chelsea hadapi sekarang, tetapi tidak ada timbul kritikan seperti yang diberikan kepada Mourinho.

"Mereka boleh bercakap apa sahaja mengenai Mourinho, tetapi sebenarnya dia adalah orang yang berbeza ketika berada di bilik persalinan. 

"Dia memberi kami sokongan sepenuhnya, dan bercakap dengan setiap pemain. Kami akui dia adalah pengurus terbaik yang kami ada. 

"Dia dikritik mungkin kerana terlalu bagus dan mungkin kerana dia adalah Mourinho," jelas Costa.

Costa berkata: "Jika tanya kepada semua pemain, siapa pengurus yang mereka inginkan, sudah tentu tiga pilihan nama yang disebut - Mourinho, Pep Guardiola dan 'Cholo' Diego Simeone.

"Dan itulah salah satu sebab saya menyertai Chelsea kerana apabila kamu mempunyai pengurus yang sentiasa bersaing untuk merebut gelaran dan mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara serta keinginan beraksi di tahap tertinggi ia mampu membuatkan kamu untuk meningkatkan proses untuk menjadi pemain yang lebih baik serta dia boleh membantu merangkul trofi kejuaraan". 

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Chelsea , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan