Malaysia Lakar Kemenangan Sulung Pada Aksi Persahabatan Antarabangsa Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 10:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan kemarau kemenangan tahun ini, setelah mengalahkan Laos 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Thupatemee, Pathum Thani, Thailand, Khamis.

Pemain Felda United, D. Christie Jayaseelan muncul wira skuad negara apabila meledak dua gol pada minit ke-50 dan masa kecederaan babak kedua perlawanan, selain gol daripada penyerang Pahang, Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-53, demikian menurut twitter Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Laos, pasukan ranking ke-179 dunia, meraih gol sagu hati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sitthideth Khanthavong pada minit ke-82.

Penyerang veteran kebangsaan, Safee Sali hampir menambah jaringan untuk skuad Harimau Malaya, namun sepakan penaltinya pada masa kecederaan babak kedua sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Laos.

Perlawanan berkenaan merupakan aksi pemanas badan, sebelum berdepan Timor Leste pada perlawanan kelima kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili, 13 Okt ini.

Dalam pada itu, Kim Swee berharap kemenangan sulung berkenaan menjadi pembakar semangat kepada pemain skuad Harimau Malaya apabila berdepan Timor Leste.

Beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan ketara melibatkan skuad kebangsaan pada perlawanan berkenaan disebabkan keadaan padang yang kurang elok, namun berpuas hati dengan persembahan cemerlang para pemain.

Pada masa sama, Kim Swee turut memuji Christie yang berjaya meledak dua gol, selain menjadi nadi penggerak kepada kejayaan skuad Harimau Malaya melakar kemenangan pada perlawanan tersebut.

"Beliau membuktikan bahawa bukan sahaja boleh beraksi di sayap kanan ataupun di bahagian serangan tetapi boleh membantu apabila kita bertahan. Mendapatkan dua gol membuktikan Christie mempunyai kualiti untuk bermain di peringkat tinggi," jelasnya.

Berkongsi pandangan sama adalah Christie yang tidak menyangka dapat membantu skuad kebangsaan meraih kemenangan sulung setelah lama tidak dipanggil mewakili negara pada aksi antarabangsa.

"Banyak kali dapat peluang di bawah jurulatih terdahulu, namun kali ini saya berazam untuk membuktikan sesuatu kepada jurulatih setelah lama tidak beraksi mewakili negara," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan