Beckham Gagal Damaikan Permusuhan Alex Ferguson Dengan Roy Keane

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

LEGENDA bola sepak England, David Beckham gagal dalam usahanya untuk mendamaikan dua legenda Manchester United yang bermusuhan iaitu Alex Ferguson dan Roy Keane.

Bekas jurulatih dan ketua pasukan United itu tidak lagi bercakap selepas berlaku beberapa pertengkaran selain turut saling menyerang menerusi autobiografi masing-masing.

Beckham sebelum ini ingin mendamaikan kedua-dua pihak menerusi perlawanan amal Unicef yang menyaksikan Great Britain menentang Ireland XI di Old Trafford pada 14 November.

Malangnya, pelawaan bekas pemain Real Madrid itu supaya Keane beraksi dibawah kendalian Ferguson telah ditolak kerana terdapat perlawanan antarabangsa.

Keane kini merupakan penolong pengurus Republik Ireland dan terlibat dalam saingan Euro 2016 menentang Jerman pada Khamis dan Poland (Ahad).

Beckham mendakwa telah minta Keane beraksi dalam skuad berkenaan namun telah ditolak kerana terlibat dalam aksi antarabangsa.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Jerman , Ireland

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan