Osorio Dilantik Jurulatih Baharu Mexico

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 12:07 PM

Juan Carlos Osorio

(Ubah saiz teks)

JURULATIH dari Colombia, Juan Carlos Osorio mengambil alih tugas membimbing pasukan Mexico selepas meletak jawatan di Sao Paulo.

Kelab Brazil itu mengesahkan perletakan jawatan Osorio dalam satu kenyataan awal pagi Rabu.

"Saya menemui Juan Carlos Osorio di pejabat hari ini (Selasa) dan mengesahkan dia akan meninggalkan kelab kami bagi menguruskan pasukan Mexico yang bakal bersaing dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia. Impian yang sudah sekian lama diidamkan," jelas presiden Sao Paulo Carlos Miguel Aidar di laman web kelab.

"Saya amat sedih dengan keputusan tersebut setelah semua tugasnya berjalan dengan baik".

Osorio mengambil alih tugas Ricardo "Tuca" Ferretti dari Brazil yang menjadi jurulatih sementara skuad Brazil selepas Miguel Herrera dipecat Julai lalu.

Ferretti kini berada di California bagi perlawanan di antara Mexico dan Amerika Syarikat dalam aksi playoff  penentuan negara yang akan mewakili zon CONCACAF pada saingan Piala Konfederasi di Rusia 2017.

Tags / Kata Kunci: Juan Carlos Osorio , Mexico , Sao Paulo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan