Kim Swee Buru Kemenangan Ke Atas Laos Pada Aksi Persahabatan Esok

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2015 9:22 PM

Datuk Ong Kim Swee

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengintai kemenangan ke atas Laos pada aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand esok.

Beliau berkata kemenangan itu bukan sahaja dapat menamatkan kemarau kemenangan skuad Harimau Malaya tahun ini, malah dapat menaikkan keyakinan dan motivasi pemain sebelum berdepan Timor Leste pada aksi kelima kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili, 13 Oktober ini.

"Saya harap tiada hujan esok kerana ia bakal memberi gambaran mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan untuk kita perbaiki sebelum menentang Timor Leste," katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp, Rabu.

Pada masa yang sama, Kim Swee tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kuota enam pemain simpanan yang dibenarkan pada aksi persahabatan itu untuk mencari gandingan pemain yang sesuai di sesetengah posisi sebelum berdepan Timor Leste nanti.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 kebangsaan meminta pemain skuad Harimau Malaya supaya tidak memandang rendah kemampuan Laos walaupun pasukan berkenaan mengalami tiga kekalahan berturut-turut pada aksi pusingan kelayakan kumpulan G.

Laos kalah masing-masing 0-2 kepada Lubnan dan Kuwait di tempat sendiri selain diaibkan dengan kekalahan 0-8 kepada Korea Selatan di tempat lawan.

"Kita tidak boleh mengambil mudah (perlawanan menentang Laos). Yang pentingnya di sini, kita harus memikirkan corak permainan kita, apa yang perlu kita lakukan dan terus berdisiplin," kata Kim Swee.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan