Selepas Dipecat, Rodgers Mengharapkan Peningkatan Liverpool

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 8:12 AM

Brendan Rodgers

(Ubah saiz teks)

BRENDAN Rodgers bercakap buat kali pertama sejak dipecat sebagai pengurus Liverpool, Ahad lalu.

Rodgers berkata beliau menjangkakan skuad Liverpool berada dalam proses peralihan untuk minggu-minggu akan datang.

Pemecatan Rodgers menyaksikan tempoh tiga tahun di Anfield berakhir selepas perlawanan menentang Everton di Goodison Park berakhir dengan keputusan seri 1-1, satu lagi keputusan mengecewakan dalam kempen musim ini.

Jurulatih dari Ireland Utara telah membantu Liverpool memberi cabaran dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2013-14 tetapi sejak itu gagal menunjukkan peningkatan.

Dengan cakap-cakap bahawa Jurgen Klopp dan Carlo Ancelotti akan menggantikan dirinya, Rodgers berharap bakal penggantinya mempunyai kualiti mencukupi dalam usaha kelab itu untuk meraih kejayaan.


"Saya, sudah tentu, sangat kecewa kerana meninggalkan Kelab Bola Sepak Liverpool. Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan untuk menguruskan salah satu kelab yang besar ini sejak tiga tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.

"Setiap hari saya berusaha mewakili kelab untuk menjadikannya yang terbaik mengikut kemampuan saya, membangunkan pemain secara individu dan pasukan yang membolehkan penyokong kelab berasa bangga.

"Terdapat beberapa detik yang tidak boleh dilupakan semasa saya bersama Liverpool dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain atas kerja keras dan komitmen.

"Skuad semasa ini berada dalam satu peralihan, tetapi sebenarnya mereka mempunyai beberapa bakat dan menunjukkan semangat kebersamaan. Saya menjangkakan untuk melihat mereka terus menunjukkan peningkatan untuk minggu-minggu akan datang dan saya mendoakan mereka dan pengganti saya dalam keadaan baik untuk sepanjang musim.

"Liverpool mempunyai warisan bola sepak yang hebat dan tiada apa yang saya dapat kata kecuali rasa hormat dan kagum terhadap sejarah, tradisi dan nilai-nilai yang membuatkan bandar dan kelab ini luar biasa.

"Selain pemain saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkaitan dengan kelab; Fenway Sports Group, para Pengarah Liverpool, khususnya Ian Ayre, staf jurulatih saya, kakitangan kelab, sukarelawan, kakitangan akademi dan pemain muda dan sudah tentu peminat Liverpool yang luar biasa dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi, semangat dan dedikasi yang telah menjadikan masa saya di kelab itu begitu istimewa.

"Akhir sekali, saya ingin memberikan penghargaan istimewa kepada John W. Henry, Tom Werner dan Mike Gordon. Mereka memberikan saya peluang ini dan walaupun kita tidak lagi bekerjasama saya yakin hubungan dan persahabatan kita akan diteruskan pada masa depan. "
Tags / Kata Kunci: Brendan Rodgers , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan