Moyes Tolak Tawaran Sunderland

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pengurus Manchester United, David Moyes menolak tawaran Sunderland untuk membimbing skuad yang ditinggalkan Dick Advocaat Ahad lalu.

Sunderland dilaporkan menghubungi Moyes, tetapi pengurus Real Sociedad itu menolak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Selain Moyes, pengendali Burnley, Sean Dyche serta Sam Allardyce (West Ham) turut tidak berminat mengambil alih posisi yang ditinggalkan Advocaat itu.

Penolakan beberapa tawaran tersebut menjadikan The Black Cats berada dalam situasi lebih sukar, dengan kedudukan kedua terakhir liga perdana.

"Skuad kami belum cukup bagus sepenuhnya. Pihak kelab sedar kami perlu mengukuhkan pasukan namun pengerusi tidak pernah memberitahu jumlah yang boleh dibelanjakan.

"Saya menjadi negatif dan bukan menjadi diri sendiri," jelas Advocaat sebelum meninggal kelab yang dipegang bermula 17 Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: David Moyes

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan