Kritik Pengadil, FA Denda Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 7:32 AM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

BARU sahaja terlepas hukuman akibat konflik dengan doktor Eva Carneiro, Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengenakan tindakan kepada pengurus Chelsea Jose Mourinho kerana mengkritik keputusan pengadil, Robert Madley.

Keputusan ini merupakan denda keempat bagi Mourinho sejak 2013. Mourinho sebelum ini tiga kali didenda akibat tidak dapat mengawal kata-katanya.

FA berkata Mourinho melakukan tindakan tidak wajar kerana menyerang pengadil secara terbuka di media.

"Jose Mourinho dihukum karena perbuatan tidak wajar berhubung pendapatnya di media selepas tamat perlawanan Chelsea menentang Southampton pada Sabtu, 3 Oktober 2015," tulis laman rasmi FA itu, Isnin.

Dalam saingan itu, Chelsea kalah 1-3 kepada Southampton di laman sendiri.

FA memberikan alasan tindakan itu sebagai merosakkan reputasi pertandingan.

FA memberi peluang untuk Mourinho memberi alasan dan tunjuk sebab selewat-lewatnya Khamis ini sebelum pukul 6 petang.

Mourinho sebelum ini mengkritik pengadil dalam sebuah wawancara dengan Sky hanya beberapa minit selepas pertandingan.

Beliau mendakwa pengadil melakukan kesalahan besar dan harus menghadiahkan Chelsea tendangan penalti apabila pemainnya Radamel Falco dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sebaliknya, pengadil Robert Madley melihat pemain Chelsea itu sengaja menjatuhkan dirinya.

Mourinho menuduh Madley takut memberikan hadiah penalti dan berkata Madley tidak jujur kerana takut dianggap menyebelahi Chelsea.

“Mungkin saya akan dihukum tetapi saya harus mengatakannya, kerana para pemain dan penyokong saya layak untuk mendapatkannya (keadilan). Kami tak mendapatkan satu keputusan daripada pengadil.

"Saya ingin mengatakan bahawa, disebabkan kami berada dalam situasi sukar, Madley harus tak perlu takut untuk jujur," kata Mourinho.

Pada 2013, Mourinho dikenakan denda 8 ribu pound kerana memaki Chris Foy ketika melawan Aston Villa.

Tahun yang sama, ia diarahkan membayar 10 ribu pound kerana mempersendakan Mike Dean setelah kalah dari Sunderland.

Pada Januari 2015, Mourinho juga didenda 25 ribu pound kerana menuduh terdapat percubaan untuk menyerang Chelsea.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , FA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan