Jurulatih Felcra Azman Eusoff Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih bola sepak Felcra FC, Azman Eusoff meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ di Bandar Perda, Bukit Mertajam awal pagi Selasa.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, Azman dimasukkan ke hospital pada Isnin akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.45 pagi ini.

"Arwah Azman akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Kampung Masjid Timah," jelas Azlan Hassan.

Pemergian Azman, 51, ini dianggap sebagai satu kehilangan besar buat sukan bola sepak tanah air.

Selain membimbing skuad Felcra FC, Azman pernah memegang jawatan sebagai penolong jurulatih pasukan Harimau Muda, jurulatih UiTM FC , malah pernah melatih pasukan Kedah dalam Liga Malaysia serta menjuarai kesemua piala yang dipertandingkan iaitu Piala Malaysia, Liga Divisyen 1 dan 2, Piala FA, Piala Presidan, Piala Emas Raja-Raja dan Piala Agong.

Allahyarham yang memiliki Lesen Kejurulatihan ‘A’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Sijil Kejurulatihan dari Arsenal FC, England merupakan pengasas kepada Arsenal Soccer School Malaysia bersama Robert Rene Alberts (kini jurulatih Sarawak) dan bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan.

Allahyarham juga pernah dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Liga Brunei 2002.

Tags / Kata Kunci: Azman Eusoff , Felcra

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan