Tiada Drama Di Anfield - Rodgers

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 12:55 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers mengakui tidak ada ‘drama’ di Anfield selepas skuadnya mengikat Everton seri 1-1 di Merseyside pada aksi Liga Perdana Ahad malam.


Pada aksi tersebut, gol tunggal The Reds dijaringkan oleh Danny Ings minit ke-41, manakala penyerang tuan rumah, Romelu Lukaku menyamakan kedudukan pada minit ke-46.

Spekulasi terbaharu mengenai masa depan Rodgers hangat diperkatakan, namun dia tidak risau memandangkan hanya kekurangan empat mata daripada penghuni di tangga keempat (Leicester City) dengan 15 mata.

Liverpool kini berada di tangga ke-10 liga dengan mengumpul 12 mata daripada lapan perlawanan setakat ini.

“Terdapat dua perkara utama: pertama adalah secara jujurnya saya tidak ada rasa tertekan,” katanya.

“Tekanan timbul apabila ingin menjual surat khabar dan ketika membuat cerita, malah saya faham serta menghormati situasi itu. Tugas saya hanya fikirkan pasukan dan ini sahaja tekanan yang saya rasa.

“Orang lain akan memberi tekanan dengan pelbagai alasan berbeza. Saya tidak merasainya, malah tidak mahu perasaan itu ada. Dan itu semuanya adalah luaran sahaja, tidak ada drama yang berlaku.

“Tidak ada perasaan lain selain daripada 'selamat'. Ianya tidak boleh dipertikaikan. Saya dibawa ke sini untuk menjalankan tugas, saya menandatangani kontrak baharu (Mei 2014) dan pemilik kelab sedar ia memerlukan masa,” kata Rodgers.

Biarpun telah membelanjakan lebih kurang 300 juta pound dalam tempoh tiga tahun mengendalikan kelab ini, Rodgers menegaskan bahawa  masih ada tugas yang perlu dilakukan bagi mencari pemain seperti Luis Suarez dan Steven Gerrard yang telah meninggalkan kelab.

Malah Rodgers mendedahkan pemilik, Fenway Sports Group tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

“Ia adalah cita-cita saya sendiri sepanjang masa tetapi tidak pernah disuarakan kelab.

“Kami hampir melakukannya sebelum ini, malah sudah dekat untuk bergelar juara dengan bantuan Suarez. Kami hilang kualiti dan perlu bangkit kembali.

“Saya tidak pernah diarah untuk berada di kelompok keempat terbaik oleh sesiapa sahaja di kelab ini sejak tiba di sini.

“Jika kami ikut apa yang dilakukan dua tahun lalu, kami perlu ‘membina’ sesuatu. Dan ia perlukan masa, sama ada dengan saya atau orang lain.

“Dan dalam tempoh ini, saya akan terus memberikan segalanya kepada kelab," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Brendan Rodgers

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan