Klopp Sedia Terima Tawaran Liverpool Jika Diberi Kuasa Tentukan Pembelian Pemain

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 7:17 PM

Jurgen Klopp memberi kata dua kepada Liverpool jika mereka benar-benar mahukan khidmatnya.

(Ubah saiz teks)

PENGANTI Brendan Rodgers yang dikejar Liverpool, Jurgen Klopp dengan serta merta memberitahu bakal majikannya itu, bahawa dia memerlukan kuasa mutlak menentukan perpindahan dan pembelian pemain jika mereka mahukannya mengurus kelab tersebut - muktamad.

"Saya hanya akan menerima pelawaan ini (untuk mengantikan Rodgers) sekiranya diberikan kuasa menentukan penjualan dan pembelian pemain," demikian katanya sebagaimana dipetik oleh portal berita Mail Online pada petang Isnin.

Liverpool telah mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat Brendan Rodgers sebaik sahaja tamatnya perlawanan dengan Everton pada Ahad yang menyaksikan kedua-dua buah kelab terikat 1-1.

Menurut laporan Mail Online, jurulatih karismatik dari Jerman itu sudah pun mengadakan perbincangan awal dengan Liverpool dan keputusan untuk memecat Rodgers dibuat sudah lebih seminggu yang lalu sementara mereka (Liverpool) mengetahu yang Klopp buat masa ini masih tidak terikat dengan mana-mana kelab setelah meninggalkan Borussia Dortmund sejurus selepas musim lalu berakhir.

Klopp memberi alasan keletihan dan memerlukan sesuatu yang baru dalam kerjayanya sebagai sebab mengapa dia meninggalkan bekas naib juara Liga Juara-Juara Eropah itu.

Mail Online juga melaporkan yang Klopp memang menunjukkan minat yang tinggi untuk kembali ke pengurusan kelab dan apabila tawaran dari Liverpool datang, dia mengambil keputusan untuk menimbangkannya secara mendalam dengan syarat dia sanggup menerimanya tanpa perlu mengadap Jawatankuasa Pembelian Pemain yang selama ini menjadi duri dalam daging pada era Rodgers.

Klopp dilaporkan memberitahu pengurusan Liverpool yang dia boleh menerima hakikat yang dia akan diberi nasihat dan syor tentang pembelian pemain tetapi kuasa penentu mestilah menjadi tanggungjawabnya bukan mana-mana jawatankuasa atau individu tertentu dalam kelab.

Keistimewaan ini tidak pernah dinikmati oleh Rodgers, 42, sepanjang 18 bulan dia memimpin Liverpool dan kini teka-teki timbul apakah Liverpool akan tunduk kepada permintaan Klopp.

Misalnya, pada era Rodgers, adalah difahamkan yang pihak kelab memberitahunya yang dia tidak dibenarkan membeli mana-mana pemain yang berusia 24 tahun ke atas kecuali dalam keadaan terpaksa.

Ini membantu hasrat Rodgers untuk membeli pemain pertahanan Swansea, Ashley Williams yang berusia 31 tahun dan bek kiri Ryan Bertrand yang berusia 26 tahun.

Kegagalan Rodgers membawa masuk pemain pertahanan pilihannya disebut sebagai salah satu punca Liverpool memiliki benteng yang rapuh.

Bertrand akhirnya menyertai Southampton dari Chelsea sedangkan Liverpool terpaksa berpuashati dengan Joe Gomez dari Charlton yang hanya berusia 18 tahun yang menyaksikan Rodgers kerap kali mengantikannya dengan pemain Sepanyol, Alberto Moreno.

Proses pembelian pemain baru oleh Liverpool di bawah pengurusan FSG menyaksikan mereka berbelanja sehingga beratus juta pound Sterling tanpa pulangan yang lumayan dengan 23 pemain datang dan pergi sejak tiga tahun lalu.

Klopp khabarnya telah mengkaji situasi ini secara mendalam dan tidak mahu reputasinya terjejas kerana membawa masuk pemain yang dia sendiri tidak inginkan.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan