FAM Tunggu Surat Rasmi FIFA Sebelum Ambil Tindakan Lanjut - Afandi

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 9:32 PM

Afandi Hamzah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu surat rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum membuat keputusan selanjutnya berhubung hukuman dikenakan terhadap persatuan itu.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata FAM hanya mengetahui mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA itu melalui laman web rasmi badan induk bola sepak dunia itu, berikutan kekacauan dilakukan penyokong tempatan ketika Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia menentang Arab Saudi, 8 September lepas.

"Kita pun mendapat tahu keputusan itu daripada laman web FIFA...kita akan mendapatkan butiran dan menelitinya sebelum membuat keputusan sama ada merayu atau sebaliknya," kata beliau.

FIFA pada Isnin mengenakan denda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan satu perlawanan tanpa penonton selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi, berikutan kekecohan serius oleh penyokong pada perlawanan berkenaan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Perlawanan yang turut menjadi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, berdepan kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan pada minit ke-88 oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man.

Segelintir penyokong yang dipercayai 'Ultras Malaya' bertindak liar dengan membakar suar dan membaling mercun roket ke dalam padang sehingga membahayakan pemain dan juga penyokong lain, ketika Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1.

Berikutan keputusan itu, Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November ini, di dalam stadium tanpa penonton.

Ketika diminta mengulas mengenai denda itu, Afandi berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai hukuman yang dikenakan kepada persatuan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , FIFA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan