FIFA Denda FAM RM180,000

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 7:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Denda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan satu perlawanan tanpa penonton selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi.

Itulah harga yang perlu dibayar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan kekacauan yang dilakukan penyokong yang menggelarkan mereka Ultras Malaya sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam, pada 8 September lepas.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi FIFA, Jawatankuasa Disiplin badan induk itu turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.

"FAM didapati bertanggungjawab atas kelakuan penyokong mereka, dan dalam kes ini, ia melanggar artikel 6 perenggan 5 Peraturan Piala Dunia Rusia FIFA, artikel 56, artikel 65, 67 perenggan 1 dan artikel 67 perenggan 3 Kod Disiplin FIFA, serta artikel 4 perenggan 2, artikel 29 perenggan 1 (b) dan artikel 2 Annexe C Peraturan Keselamatan Stadium FIFA.

"Prosiding disiplin membabitkan beberapa insiden termasuk bom asap dan suar yang berlaku dalam Stadium Shah Alam yang menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88," tambah kenyataan itu.

Menurut FIFA keputusan itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.

Perlawanan yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, berdepan dengan kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan.

Berikutan keputusan itu, Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November di dalam stadium tanpa penonton.

"FAM telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM pada Isnin," tambah kenyataan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , FIFA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan