Bundesliga: Bayern Malukan Borussia Dortmund 5-1

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2015 7:35 AM

Pemain Bayern Munich, Thomas Mueller, Mario Goetze dan David Alaba meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga, awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

MUNICH: Bayern Munich memalukan Borussia Dortmund dalam saingan BUndesliga, awal pagi Isnin.

Perlawanan di Alianz Arena itu menyaksikan Die Roten membolosi lima gol lawan sementara penantangnya hanya mampu menyumbat satu gol.

Gol Munich disumbangkan oleh Thomas Muller pada minit ke-26 dan 35, Robert Lewandowski pada minit ke-46 dan 58, dan ditutup oleh Mario Gotze pada minit 66.

Sementara itu, satu-satunya gol Dortmund disumbat masuk oleh Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-36.

Keputusan ini menjadikan pasukan di bawah bimbingan Pep Guardiola berada di posisi pertama Bundesliga 2015-2016 dengan 24 mata. Dortmund masih berada di posisi kedua dengan jarak tujuh mata dari Bayern.

Walaupun mampu menang sempurna, Pep Guardiola enggan menjangkakan kemungkinan pasukannya itu menjadi juara Bundesliga.

“Kami menang 5-1 tetapi kami juga membuat banyak kesalahan dan kami harus memperbaikinya,” kata jurulatih dari Sepanyol itu kepada Eurosport, Isnin.


“Tiada yang menjadi juara di Jerman. Kami tetap merendah diri. Saya ingin memberikan penghargaan kepada pemain saya. Bukan hanya untuk kemenangan ini sahaja, tetapi juga untuk beberapa bulan ke belakangan ini,” tambah bekas jurulatih Barcelona ini.

“Masih terdapat 26 perlawanan lagi, dan kami akan mempunyai peluang baik jika terus bermain seperti ini,” katanya.
Tags / Kata Kunci: Bundesliga , liga Jerman , Pep Guardiola

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan