Perlawanan Piala Malaysia Perak-JDT Ditunda Akibat Jerebu - Bola Sepak | mStar

Perlawanan Piala Malaysia Perak-JDT Ditunda Akibat Jerebu

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2015 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perlawanan Piala Malaysia bagi saingan Kumpulan B antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak di sini pada malam Ahad terpaksa ditunda akibat jerebu.

Penangguhan itu selepas arahan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 160.

Pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad berkata, tarikh baharu perlawanan akan diputuskan oleh FAM kemudian.

"JDT mempunyai perlawanan AFC yang akan datang. Kita perlu sesuaikan dengan jadual mereka," katanya kepada pemberita di Stadium Perak.

Pada Sabtu, empat perlawanan Piala Malaysia ditunda akibat jerebu.

Terdahulu, FAM mengumumkan bahawa perlawanan akan ditunda sekiranya bacaan IPU di venue melebihi 150.

Azhar berkata, tiket bagi menonton perlawanan itu boleh disimpan dan digunakan pada tarikh baharu akan datang.

"Tiket perlawanan akan terus dijual di kaunter-kaunter," katanya.

Tags / Kata Kunci: jerebu , Piala Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan