T-Team Teruskan Rentak Kemenangan, Kalahkan Felda United 2-1

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 11:52 PM

Pemain T-Team Sadriddin Abdullaev (dua,kiri) berjaya melepaskan rembatan meskipun cuba dihalang pemain KL Felda United Shahrul Saad dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil kelab Terengganu, T-Team meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut apabila menumpaskan Felda United 2-1 dalam saingan Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2015 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad 'The Titans' memintas kedudukan Felda United di tangga kedua kumpulan, dengan kutipan enam mata selepas empat perlawanan.

Pada aksi tunggal Piala Malaysia malam Sabtu, T-Team membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan menerusi pemain import dari Uzbekistan, Sadriddin Abdullaev yang bijak memanfaatkan lorongan daripada Muhamad Zulhanizam Shafine.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad 'The Fighters' kembali memperkemaskan permainan dan mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Zah Rahan Krangar pada minit ke-38, dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, T-Team kembali menggandakan asakan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila pengadil, Mohd Zohri Tajudin menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah, selepas Tomislav Busic dijatuhkan pemain pelawat di dalam kotak penalti.

Penyerang import dari Croatia itu mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 dan keputusan 2-1 itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Dalam pada itu, empat perlawanan terpaksa ditunda ke tarikh baharu selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat venue melebihi 150 iaitu berada di paras tidak sihat.

Perlawanan yang ditangguh itu ialah aksi Kumpulan A antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu dan aksi Kumpulan B antara Angkatan Tentera Malaysia dan Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dua perlawanan Kumpulan D turut ditunda membabitkan pertemuan antara PDRM dan Pahang di Stadium Shah Alam, serta perlawanan PKNS FC dan Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada Ahad akan berlangsung aksi tunggal Piala Malaysia melibatkan pertemuan antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan