Kedah, Selangor Kembali Lakar Kemenangan Kempen Piala Malaysia 2015

Diterbitkan: Sabtu, 3 Oktober 2015 12:04 AM

Pemain pasukan Kedah Syazwan Zainon (tengah) menanduk bola pada perlawanan Liga Malaysia antara Kedah menentang Lions Xll di Stadium Darul Aman, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana, Kedah dan Selangor kembali meraih kemenangan setelah mengalahkan lawan masing-masing pada aksi keempat peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia 2015, malam ini.

Kedah mengalahkan wakil Singapura, Lions XII 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sekali gus merampas kedudukan teratas Kumpulan A daripada skuad muda bimbingan Fandi Ahmad menerusi kelebihan jaringan.

Penyerang import dari Nigeria, Chidi Edeh muncul wira skuad Helang Merah menerusi dua jaringan masing-masing pada minit ke-47 dan 77, sekali gus menceriakan kira-kira 21,000 penyokong tuan rumah yang hadir menyaksikan perlawanan itu.

Dalam pada itu, Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila kalah tipis 0-1 kepada Selangor pada aksi keempat Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baru.

Skuad Gergasi Merah meraih kemenangan selepas pemain pertahanan Kelantan, Mohd Nor Hazrul Mustafa tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-19, ketika cuba mengeluarkan percubaan pemain Selangor, Mohd Nazmi Faiz Mansor.

Lebih manis, Selangor berjaya menamatkan badi kekalahan 13 tahun di gelanggang itu selepas kali terakhir mengalahkan Kelantan di tempat lawan pada 2002.

Kemenangan tersebut turut membolehkan Selangor memintas kedudukan Felda United di tangga teratas Kumpulan C namun ia dijangka berubah jika skuad 'The Fighters' meraih kemenangan ke atas T-Team di Kuala Terengganu, esok.

Lima lagi perlawanan peringkat kumpulan bakal berlangsung esok manakala aksi Kumpulan B membabitkan pertemuan Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) diadakan di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad.

Perlawanan antara Perak dan JDT sebelum ini ditunda memandangkan skuad Harimau Selatan terlibat dengan aksi separuh akhir pertama Piala AFC menentang wakil Kuwait, Qadsia SC di tempat lawan, 29 Sept lepas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan