Van Gaal Bersara Selepas Bimbing Man United

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal mengakui Manchester United merupakan pasukan terakhir yang dibimbingnya sebelum bersara daripada dunia kejurulatihan.

Jurulatih kelahiran Belanda itu kini mempunyai baki kontrak kurang dari dua tahun di United sebelum bersara pada 2017.

Selepas berusaha selama semusim sejak tahun lalu, kini bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu berjaya membawa United ke persada Liga Perdana Inggeris.

Kali terakhir United menaluki kedudukan pendahulu liga ialah ketika dibimbing Alex Ferguson sebelum diambil alih oleh David Moyes.

Walaupun Van Gaal dilihat sebagai jurulatih yang berjaya menghadiahkan piala utama kepada setiap pasukan yang dibimbing namun dia belum buktikan kebolehan itu di Old Trafford.

"Saya sentiasa mahukan lebih, saya meletakkan sasaran yang lebih untuk mencapai kejayaan.

"Ia adalah perkara sama dengan apa yang sedang dilakukan sekarang," kata jurulatih berusia 64 tahun itu pada sidang media pra-perlawanan menentang Arsenal pada Ahad.

Van Gaal memberi komen demikian selepas dia bakal berdepan jurulatih yang telah membimbing Arsenal sejak 19 tahun lalu.

Sebelum ini, United dibimbing oleh Alex Ferguson selama 26 tahun dan berjaya memperolehi berpuluh kejuaraan termasuk di peringkat Eropah.



Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan