Neymar Kongsi Gambar Santai Atas Bumbung Ferrari 458 Spider - Bola Sepak | mStar

Neymar Kongsi Gambar Santai Atas Bumbung Ferrari 458 Spider

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

NEYMAR bukanlah pemain popular di Barcelona pada minggu ini selepas dikritik hebat oleh penyokong kelab itu berikutan aksi hambar kelab berkenaan pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.

Bagaimanapun pemain Brazil itu membidas kritikan penyokong dengan memuat naik gambarnya yang sedang santai di atas bumbung kereta jenis Ferrari 458 Spider bernilai £200,000.

"Terima kasih Tuhan kerana memberikan kesihatan yang baik dan hasil kerja keras yang diidamkan sejak zaman kanak-kanak," katanya di Instagram.

Dalam perlawanan pada Selasa lalu, Barcelona perlu menunggu sehingga minit ke-80 untuk mendapatkan gol penyamaan selepas ketinggalan 0-1 kepada Bayer Leverkusen .

Sebelum pwerlawanan tamat, kelab gergasi Sepanyol itu berjaya memperolehi kemenangan menerusi jaringan Luis Suarez.

Aksi hambar Barcelona berpunca daripada ketiadaan Lionel Messi yang mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan selama dua minggu.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Neymar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan