Lewandowski Cipta Hatrik Bantu Bayern Menang 5-0

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Bayern Munich, Robert Lewandowski terus membuktikan kewibawaan dirinya apabila mencipta hatrik ketika membantu kelab itu membenam Dinamo Zagreb 5-0.

Dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu, Bayern berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sekaligus menjadi penduhulu kumpulan F.

Dalam perlawanan itu, gol pertama Bayern dihasilkan oleh Douglas Costa pada minit ke-13 sebelum Lewandowski membuktikan ketajaman penyudahnya dengan tiga jaringan yang turut disusuli oleh Mario Gotze.

Dengan hatrik tersebut, Lewandowski telah menghasilkan 10 gol dalam tiga perlawanan bersama Bayern termasuk dalam saingan Bundesliga.

Bagi Gotze pula, penyerang Jerman berkenaan hanya mampu menjaringkan gol kedua peribadi untuk musim ini.

Dalam pada itu, Dinamo yang berjaya membenam Arsenal dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini tewas buat kali pertama selepas 45 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Bayern Munich , Dinamo Zagreb

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan