UCL: Arsenal Tiada Pilihan Selain Menang - Arsene Wenger

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:29 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger tidak memberi pilihan lain kepada pemain Arsenal selain mereka perlu menang dalam perlawanan menentang Olympiacos dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis.

Hal ini kerana, Arsenal telah tewas dalam perlawanan pembukaan menentang Dinamo Zagreb.

"Perlu menang, kami perlu menang di tempat sendiri jika mahu layak ke pusingan seterusnya dengan mudah.

"Kami mempunyai musuh...kami tidak boleh kehilangan mata lagi terutamanya di tempat sendiri," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Wenger akan kehilangan dua tonggak iaitu Mikel Arteta dan Mathieu Flamini yang cedera ketika menentang Leicester pada Sabtu.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Perancis itu masih mempunyai pilihan apabila Francis Coquelin kembali menjalani latihan.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan