Lepas Messi, Neymar Kini Machesrano Didakwa Menipu Pembayaran Cukai

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:57 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS dua bintang Barcelona iaitu Lionel Messi dan Neymar dikenakan tindakan kerana gagal melunaskan cukai, kini Javier Mascherano pula berdepan dakwaan melakukan penipuan cukai.

Pemain Argentina itu didakwa oleh pihak berkuasa pencukaian Sepanyol selepas melakukan penipuan cukai berjumlah £1.1 juta.

Mascherano yang menyertai Barcelona dari Liverpool pada 2010 didakwa cuba menyembunyikan pendapatan yang diperolehi berdasar iklan dirinya.

Pemain berusia 31 tahun itu yang tidak membuat bantahan di dalam mahkamah bertindak membayar sebahagian daripada cukai tertunggak kemudiaanya.

Kes yang dihadapi Mascherano hampir sama seperti yang dihadapi oleh Lionel Messi sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Cukai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan