Blatter Enggan Lepas Jawatan Presiden FIFA

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 7:44 AM

Blatter (kanan).

(Ubah saiz teks)

SEPP Blatter tetap bertegas untuk kekal sebagai Presiden FIFA sehingga Februari tahun depan walaupun prosiding jenayah ke atasnya dibuka di Switzerland.

Dalam satu kenyataan, Blatter, 79, mendakwa beliau tidak melakukan sebarang salah laku.

Blatter yang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland, merancang untuk mengekalkan jawatannya sehingga Februari 2016.

Malah beliau memberitahu kakitangan FIFA bahawa dirinya tidak bersalah.

Peguam peribadi Blatter, Lorenz Erni (Switzerland) dan Richard Cullen (Amerika Syarikat) turut mempertahankan bayaran FIFA terhadap Presiden UEFA Michael Platini sebagai "pampasan sah" atas tanggungjawab Platini sebagai seorang penasihat.

Pada pagi Jumaat lalu, kakitangan dari Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) tiba di ibu pejabat FIFA di Zurich.

Menurut seorang jurucakap, sekumpulan 15 pegawai termasuk pendakwa dan polis Switzerland tiba untuk menggeledah pejabat Baltter ketika beliau menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif badan pentadbir bola sepak dunia itu.

Sekumpulan pegawai itu menyita beberapa data yang tidak ditentukan.

 

Tags / Kata Kunci: Sepp Blatter , FIFA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan