Mourinho Semakin Hilang Sabar Dengan 'Bintang' Chelsea

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho bersedia untuk menerima hakikat bahawa Chelsea bukan sahaja bakal kehilangan trofi juara Liga Perdana Inggeris, tetapi tewas dalam baki perlawanan musim ini sekiranya pemain The Blues terus mempamerkan rentak sumbang.

Mourinho enggan mendedahkan sebarang nama apabila memberitahu dia sudah hilang sabar dengan aksi sumbang beberapa orang pemain.

Pada saingan separuh masa kedua ketika seri 2-2 menentang Newcastle Sabtu lalu,  kelihatan Loic Remy, Nemanja Matic dan Oscar masuk ke padang sebagai pemain gantian, namun Cesc Fabregas dan Pedro malah Pemain Terbaik PFA, Eden Hazard bertuah kerana tidak dikeluarkan.

Secara jelasnya prestasi mereka membimbangkan Mourinho apabila hanya menjaringkan gol-gol di minit terakhir permainan menerusi pemain gantian, Ramires dan Willian sekaligus menjadi penyelamat The Blues selepas gagal memenangi enam perlawanan ke atas pasukan teratas liga.

"Ya, saya amat bimbang. Saya tidak faham dan tidak boleh terima situasi ini.

"Saya seperti mahu membuat banyak pertukaran. Enam pemain yang mahu dikeluarkan. Saya mahu tukar enam pemain - itu menunjukkan betapa teruknya kami.

"Saya duduk di sana dan mengkaji apa yang terbaik untuk pasukan dan terdapat banyak keraguan," jelasnya mengenai sikap kurang  berusaha oleh pemain-pemainnya.

Menurut Mourinho, jika bermain seperti separuh masa pertama, mereka akan kalah dalam setiap perlawanan.

"Jika kami mempamerkan aksi seperti babak kedua, kami boleh menang dalam setiap perlawanan musim ini. Ia mudah sahaja. Saya cuba untuk memahami kenapa ia berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Mourinho enggan mengaku membuat kesilapan dengan mengetepikan kapten, John Terry di bangku simpanan.

"Saya yang membuat keputusan. 'Adakah dia akan bermain pada Selasa malam ini?'. Saya tidak tahu. John perlu berkelakuan seperti seorang kapten dan tunggu keputusan seperti yang diharapkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan