Jurgen Klopp Sedia Ke Liverpool, Tetapi...

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp sedia menggantikan Brendan Rodgers sebaai jurulatih Liverpool sekiranya diberi kuasa penuh terhadap pembelian dan penjualan pemain.

Pakar taktikal kelahiran Jerman itu juga sedia menamatkan cutinya dan kembali sebagai jurulatih jika mendapati mempunyai pendapat yang sama dengan kelab itu.

Klopp, 48, kini merupakan calon pilihan utama untuk menggantikan Rodgers selain Carlo Ancelotti.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu sebelum ini mendakwa sedia memimpin mana-mana pasukan gergasi di Eropah mengikut termanya sendiri.

Ketika membimbing Dortmund, Klopp berjaya membawa pasukan itu menjuarai Bundesliga yang dimonopoli oleh Bayern Munich.
Tags / Kata Kunci: Liverpool , Jurgen Klopp

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan