Jerebu: FAM Disaran Kaji Semula Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2015

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 7:54 PM

Orang ramai terpaksa memakai topeng bagi mengelak kesan jerebu di beberapa bahagian negara ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) menyarankan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mengkaji semula jadual perlawanan Piala Malaysia 2015 berikutan keadaan berjerebu di negara ini, sekarang.

Presiden PFAM, Izham Ismail berkata, badan induk itu harus meletakkan faktor kesihatan dan keselamatan pemain, pengurusan pasukan, pegawai perlawanan, pengadil dan juga penonton sebagai keutamaan. 

Sehubungan itu, beliau meminta FAM mengambil serius perkara berkenaan bagi mengelak kemudaratan yang lebih teruk kepada pihak terlibat pada masa hadapan.

"Dari aspek komersial pula, PFAM juga khuatir sekiranya perlawanan masih diteruskan dalam keadaan berjerebu, ia akan memberi kesan negatif kepada jumlah kehadiran penonton ke stadium, sekali gus merencatkan kemeriahan Piala Malaysia tahun ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Izham berkata, Perkara 4.4(h) Peraturan Keselamatan dan Kawalan Stadium di bawah Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), jelas menyatakan bahawa penganjur perlawanan perlu memenuhi piawaian kesihatan tempat kerja yang ditetapkan oleh sesuatu negara.

Seseorang pemain, menurut beliau boleh mengalami kekejangan otot akibat kehilangan air berlebihan yang boleh mengakibatkan seseorang pemain rebah, peluh tidak berhenti, pucat, pening, loya serta denyutan nadi laju dan juga strok haba yang boleh mendatangkan gangguan serius pada sistem saraf hingga boleh membawa maut.

Justeru, PFAM mencadangkan FAM merujuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi setiap lokasi stadium dan padang latihan sebelum perlawanan dan semasa latihan dijalankan.

Tags / Kata Kunci: jerebu , FAM , PFAM

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan