Alex Ferguson Sokong Ryan Giggs Dilantik Jurulatih Man United

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

ALEX Ferguson menyokong Ryan Giggs dilantik sebagai jurulatih pada masa depan di Manchester United.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pemilik kelab gergasi England itu ingin menjadikan Pep Guardiola sebagai pengganti Louis Van Gaal pada 2017.

Bagaimanapun Ferguson yakin bahawa Giggs telah bersedia dan bekas jurulatih paling berjaya berkenaan akan membantu menamakannya ketika pertemuan dengan ahli lembaga pengarah United.

"Bagi saya, Ryan mempunyai segala kualiti untuk menjadi seorang jurulatih yang hebat.

"Saya ada terdengar bahawa dia ingin ke kelab lain untuk mencari pengalaman tetapi sebenarnya Ryan telah cukup ilmu selepas penah beraksi di bawah saya, mambantu David Moyes serta Van Gaal.

"Saya tidak fikir bahawa Ryan perlu pergi ke tempat lain terlebih dahulu," jelas lagenda United tersebut.

Ferguson memberi komen tersebut berikutan ketegasan Van Gaal yang ingin bersara sebagai jurulatih pada 2017.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Alex Ferguson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan