Futsal Wanita AFC: Skuad Malaysia Akhiri Kejohanan Di Tangga Ke-4

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 8:52 PM

Aksi pemain negara ketika bertemu Thailand (biru) pada saingan penentuan tempat ketiga dan keempat pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia terpaksa berpuas hati berada ditempat keempat pada Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015 setelah tewas1-4 kepada Thailand pada perlawanan penentuan tempat ketiga-keempat kejohanan sulung itu di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Menurut laman web rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), www.the-afc.com,skuad kebangsaan bermula baik apabila membuka jaringan pertama pada minit ke-11 melalui Masturah Majid, namun Thailand menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi Mamyalee Sawitree.

Thailand terus meningkatkan jurang melalui Hataichanok Tappakun pada minitke-15 dan Darika Peanpailun pada minit ke-21 sebelum Nur Shazreen Munazli menjaringkan gol sendiri pada minit ke-34.

Jurulatih futsal wanita kebangsaan Chiew Chun Yong berkata kekalahan itu berpunca daripada kekurangan fokus, momentum dan konsisten pasukan Malaysia, terutamanya pada separuh akhir kedua perlawanan.

"Saya boleh memahami bahawa mereka letih kerana bermain empat perlawanan dalam masa yang singkat.

Selain itu, aspek fizikal menjadi satu lagi aspek penting dalam perlawanan ini," katanya.

Sementara itu, Iran berjaya menewaskan Jepun, 1-0 pada aksi final.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan