Jerebu: Perlawanan Piala Malaysia JDT II-Kedah Ditunda

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perlawanan Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Kedah yang dijadual berlangsung di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini Sabtu, terpaksa ditunda berikutan jerebu yang semakin buruk.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, penundaan terpaksa dibuat selepas penerbangan skuad Kedah dari Pulau Pinang pada pukul 4.45 petang tadi dibatalkan.

"Saya difahamkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ditutup akibat jerebu menyebabkan penerbangan ke sana dibatalkan.

"Kemungkinan perlawanan antara JDT II dan Kedah diadakan pada 29 September ini dengan Kedah menjadi tuan rumah terlebih dahulu," kata Afandi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ketika dihubungi.

Kedah dan JDT II masing-masing diletak dalam Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

Skuad Helang Merah kini mendahului Kumpulan A dengan empat mata selepas dua perlawanan, sama seperti Lions XII tetapi dipisahkan dengan kelebihan gol manakala JDT II di tempat ketiga dengan satu mata, di atas Terengganu yang turut mengutip satu mata.

Keadaan jerebu tebal memaksa empat syarikat membatalkan 21 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, Jumaat.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pasir Gudang mencatatkan tahap sangat tidak sihat iaitu 201 namun telah turun kepada 180 setakat pukul 3 petang.

Keadaan jerebu teruk turut dialami di kawasan Larkin Lama dengan bacaan IPU 172 dan Kota Tinggi (123) pada pukul 3 petang.

Tags / Kata Kunci: jerebu , Piala Malaysia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan