Pendakwa Swiss Diberi Akses Emel Setiausaha Agung Fifa Yang Digantung

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 8:25 AM

Jerome Valcke

(Ubah saiz teks)

FIFA telah menghantar e-mel-emel milik Setiausaha Agungnya yang digantung, Jerome Valcke kepada pendakwa raya Switzerland yang sedang menyiasat penglibatan beliau dalam skim tiket pasaran gelap.

Badan pentadbiran dunia itu pada mulanya memberitahu Peguam Negara Swiss bahawa pihaknya hanya akan memberi akses kepada akaun e-mel jika 'beberapa syarat dipenuhi'.

Walau bagaimanapun, ia kini berlaku sebaliknya dan menyerahkan semua e-mel Valcke sejak Mei dan berjanji untuk memberikan akses kepada mesej-mesej yang lebih lama.

Kenyataan dari pejabat peguam negara Swiss menyebut:. "Hari ini, lewat petang 24 September 2015, FIFA memaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) untuk membuka semua akaun e-mel milik Mr Jerome Valcke, Setiausaha Agung yang digantung. Justeru,  OAG akan mempunyai akses kepada akaun e-mel Mr Valcke seperti yang diminta.

"Sebagai tambahan, OAG dengan sukacitanya mengambil perhatian bahawa FIFA telah mengambil inisiatif sendiri dengan menyerahkan e-mel Mr Jerome Valcke sejak Mei 2015."

Valcke digantung berikutan keputusan oleh jawatankuasa kecemasan FIFA minggu lalu selepas muncul e-mel menunjukkan dia telah terlibat dalam satu skim tiket Piala Dunia.

Dia telah menafikan sebarang salah laku.

Kenyataan FIFA menyebut: "FIFA dalam semua keadaan dengan serta-merta boleh bertindak balas kepada mana-mana dan semua permintaan yang diterima daripada Pejabat Swiss Peguam Negara dan menyokong penuh siasatan. FIFA juga telah secara sukarela memfailkan maklumat dan dokumen tambahan bagi memudahkan siasatan Pejabat Swiss Peguam Negara.


Tags / Kata Kunci: Fifa , Jerome Valcke

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan