Penggantungan Costa: Mourinho Dakwa FA Benarkan Tindakan Balas

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 1:26 PM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

DIEGO Costa digantung tiga perlawanan dan kad merah Gabriel dibatalkan, menyebabkan Jose Mourinho marah dengan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.

Jose Mourinho telah membidas FA yang menarik balik kad merah Gabriel dan seterusnya menghukum Diego Costa dengan penggantungan tiga perlawanan selepas mereka berbalah ketika perlawanan yang menyaksikan kemenangan Chelsea ke atas Arsenal.

Walaupun menang perlawanan Liga Perdana Inggeris dan memulakan kempen Piala Liga pusingan ketiga dengan kemenangan 4-1 di Walsall Chelsea tetap memberi tumpuan kepada Costa dan larangan FA yang dibuat pada Isnin.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu didakwa menyerang pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny dengan menghayunkan lengannya selain menutup muka pemain itu.

Gabriel pula didakwa atas reaksinya selepas diarahkan keluar padang oleh pengadil kerana didapati menendang Costa.

Mourinho percaya bahawa tindakan seperti itu oleh badan pentadbir, ditambah pula dengan penggantungan terhadap Costa yang amat tidak dihormati sebagai membenarkan tindakan balas dilakukan.


Pengurus Chelsea itu berkata selepas menewaskan Walsall: "Kita tahu bahawa kini sesuatu tindakan balas adalah dibenarkan. Anda boleh melakukannya.

"Anda tidak boleh membandingkan kaki yang hampir patah dengan perbincangan sesama mereka, anda tidak boleh membandingkannya dengan kaki yang hampir patah. Itulah apa telah berlaku, perbincangan sesama mereka.


"Saya tidak mengulas [lebih lanjut] kerana jika saya memberikan contoh-contoh dan pergi lebih terperinci dan menyatakan perasaan terhadap perbincangan itu, penggantungan besar bagi saya sedang menunggu dan saya tidak mahu itu. Pasukan tidak memerlukannya.

"Kami kehilangan pemain penting untuk tiga perlawanan dan tidak perlu kehilangan pengurus. Oleh itu, saya lebih suka untuk bertenang dan tenang."

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan