JelajahUK: Skuad B-13 PPBN Terus Pamer Aksi Mantap

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 3:32 PM

Alif Daniel menjaringkan gol tunggal negara pada aksi bertemu Reading FC pada Selasa. Foto: NFDP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Bawah 13 Tahun Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) terus memberi aksi memberangsangkan pada siri Jelajah United Kingdom (JelajahUK) sejak tiba di London 14 September lalu.

Skuad bimbingan bekas jurulatih kelab remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim itu berjaya membuka episod jelajah mereka dengan kemenangan besar 7-0 ke atas skuad B-13 Barnsley.

Pemain-pemain yang terpilih ke London kali ini tidak melepaskan peluang mengaplikasi apa yang diajar oleh jurulatih-jurulatih yang terlibat di bawah pemantau Teong Kim selaku Pengarah Teknikal PPBN.

Selain kemenangan besar itu, skuad muda ini turut melakar kemenangan 3-2 ke atas pasukan B-13 Liverpool serta menang tipis 1-0 ketika bertemu Queens Park Rangers (QPR).

Namun mereka tewas 2-0 kepada skuad B-13 Manchester City yang dianggap salah sebuah pasukan muda terbaik di sana.

Terbaharu pada aksi lewat Selasa, buat kali pertama barisan pemain muda ini mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Reading FC.

Skuad ini dijadualkan bertemu pasukan B-13 West Ham pada 23 Sept dan Tottenham Hotspurs (24 Sept) sebelum menamatkan siri Jelajah UK tahun ini.

Tags / Kata Kunci: PPBN , Jelajah UK

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan