KJ Serah Isu FAM Kepada Pesuruhjaya Sukan

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 2:08 PM

Zaiton Othman

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah menghantar surat tunjuk sebab berhubung insiden kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam, perlu menunggu tindakan seterusnya oleh Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hanya Pesuruhjaya Sukan mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan berhubung surat tunjuk sebab berkenaan yang dihantar oleh FAM, Selasa.

"Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, apa sahaja surat tunjuk sebab mestilah dijawab terus kepada Pesuruhjaya Sukan. Apabila Pesuruhjaya Sukan membuat pertimbangan dan keputusan, barulah persatuan sukan terbabit boleh merayu kepada menteri.

"Saya sebagai badan rayuan tidak boleh terlibat dalam membuat keputusan yang pertama kerana bagaimana mereka boleh membuat rayuan kepada saya, jika saya sudah terlibat dalam keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Festival Score FitMob' di Kolej Universiti KDU, di sini, Rabu.

Pada 9 September lepas, Zaiton memberi tempoh 14 hari kepada badan induk bola sepak negara itu untuk mengemukakan jawapan lengkap berhubung kekecohan semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi apabila penyokong bertindak membaling suar dan mercun ke dalam padang.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan oleh pengadil perlawanan Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 semasa Malaysia ketinggalan 1-2 kepada pasukan pelawat.

Dalam pada itu, Khairy menyambut baik cadangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membayar gaji kepada pemain di bawah persatuan itu mengikut prestasi pemain.

"Jika tiada apa-apa halangan, saya harap ia dapat diteruskan walaupun cadangan itu sesuatu di luar kelaziman," katanya.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini, membuat keputusan untuk membayar gaji pokok rendah tetapi insentif yang lumayan jika pasukan mencatat kejayaan berikutan prestasi hambar skuad NS Matrix dalam saingan Liga Perdana, musim ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Zaiton Othman , Stadium Shah Alam

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan