Penjaga Gol Real Madrid Keylor Navas menangis Selepas Tak Jadi Ke Man Utd

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 7:44 PM

Keylor Navas

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Real Madrid, Keylor Navas mendedahkan betapa dia telah menitiskan air mata selepas diberitahu yang perpindahannya ke Manchester United terbatal kerana kelabnya tidak sempat mendaftar nama penjaga gol United, David de Gea dengan Liga Sepanyol pada hari terakhir perpindahan untuk kelab-kelab Eropah pada 1 September lalu.

Namun air mata tersebut bukanlah air mata kesedihan sebaliknya tanda syukur dan gembira kerana perpindahan tersebut bukanlah atas kerelaan dirinya sendiri.

Pemain berasal dari Costa Rica itu berkata, dia tidak pernah mahu meninggalkan Real tetapi akhirnya menerima hakikat yang pertukaran antara dirinya dengan De Gea tidak dapat dielakkan lagi.

Bagaimanapun dedahnya lagi, ketika dia sedang menanti di Bilik Menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Madrid untuk berlepas ke Manchester, dia telah dimaklumkan yang perpindahan tersebut terbatal kerana Madrid gagal mendaftar De Gea sebagai pemain mereka.

"Saya terus menitiskan air mata pada malam itu apabila mendapat tahu yang perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana emosi saya sangat terganggu. Saya tidak pernah mahu meninggalkan kelab ini (Real) kerana di sinilah rumah saya," ujarnya dalam satu temubual dengan stesen radio Sepanyol, Cadena COPE.

Ramai pihak meletakkan kegagalan perpindahan itu di bahu Navas kerana kelewatannya memberi persetujuan untuk berpindah ke United menjadi punca mengapa United lewat menghantar kembali dokumen perjanjian penjualan De Gea ke Real Madrid kerana Navas adalah sebahagian daripada pertukaran di bawah perjanjian itu.

Selepas kegagalan perpindahan itu, De Gea terus menandatangani kontrak baru selama empat tahun dengan United.

Hakikatnya kata Navas, dia tidak pernah mahu meninggalkan Real Madrid tetapi dalam situasi yang sangat genting itu, dia terpaksa akur dengan kehendak kelab.

"Saya telah pun berada di lapangan terbang menunggu saat untuk menerima arahan selanjutnya daripada ejen saya. Setiap lima minit situasi berubah. Tetapi akhirnya perpindahan itu tidak berhasil. Jadi saya membuat kesimpulan, Tuhan mahu saya terus kekal di sini (Real) dan ini bermakna saya terus berada di Madrid," katanya lagi.

Navas menyertai Real Madrid pada 2014 sebaik sahaja temasya Piala Dunia di Brazil tamat.

Pemain berusia 28 tahun itu disenaraikan sebagai salah seorang daripada tiga penjaga gol terbaik Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun sebaik sahaja menyertai Real, dia dapati betapa sukarnya untuk mengenepikan Iker Casillas yang terus kekal sebagai pemain utama kelab itu.

Peluangnya terbuka luas sebaik sahaja Casillas berhijrah ke Porto sebagai persediaan Real Madrid mendapatkan khidmat De Gea. Real tahu De Gea tidak akan setuju untuk menyertai mereka selagi Casillas masih kekal sebagai kapten.

Namun sebagaimana takdir menentukannya, De Gea gagal didaftarkan sebagai pemain Real Madrid walaupun kedua-dua kelab bersetuju untuk menukar penjaga gol mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian jual-beli itu.

Navas kini kekal sebagai penjaga gol nombor satu Real Madrid dengan ketiadaan Casillas dan juga De Gea.

Malah dia berada di ambang untuk memecah rekod kelab itu yang telah bertahan selama 40 tahun.

Dalam lima perlawanan pertama musim ini, Navas masih belum melepaskan sebarang gol lagi dan jika dia berjaya mempertahankan rekod ini menjelang perlawanan menentang Athletic Bilbao Rabu ini, bermakna dia telah melepasi rekod yang dipegang oleh Miguel Angel ketika musim 1975-76.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan