FAS Kemuka Rayuan Hukuman Denda RM80,000

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 9:32 PM

Abdullah Julaihi

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan mengemukakan rayuan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung denda berjumlah RM80,000 dan hukuman bermain dua perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri oleh FAM.


Setiausaha agung FAS Abdullah Julaihi berkata pihaknya menerima surat berhubung hukuman denda itu minggu lepas dan mempunyai tempoh dua minggu untuk mengemukakan rayuan.

"Kami akan mengemukakan rayuan rasmi dalam minggu ini juga kepada FAM meminta supaya denda RM80,000 itu dikurangkan dan hukuman bermain dua perlawanan di stadium kosong dibatalkan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

"Dalam rayuan itu nanti kami akan mengemukakan beberapa justifikasi untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM dan yang paling penting kami berharap supaya FAM menarik balik hukuman bermain di dalam stadium (Sarawak) tanpa penonton," tambah beliau.

Kesalahan itu diputuskan FAM selepas penyokong Sarawak bertindak membakar dan melontar mercun, suar dan bom asap ke kawasan persekitaran padang selain merosakkan kenderaan polis dan membaling batu ke bas pasukan pelawat pada tiga perlawanan berbeza di Stadium Negeri, Kuching.

Perlawanan berkenaan adalah aksi Piala Malaysia 2014 antara Sarawak dan Perak pada 30 Ogos 2014, selain dua perlawanan Liga Super membabitkan Sarawak berdepan Perak pada 20 Jun 2015 serta Sarawak menentang Felda United pada 27 Jun 2015.

Abdullah berkata pembayaran denda RM80,000 itu merupakan kerugian besar bagi FAS sambil menambah wang sebanyak itu boleh digunakan untuk pembangunan pasukan.

Sementara itu, Abdullah berkata FAS kini sedang dalam persiapan membentuk pasukannya untuk menghadapi Liga Super musim depan.

"Kami kini dalam tempoh kritikal untuk cuba membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk persaingan Liga Super tahun depan dan kita sedang memerhatikan bakat-bakat tempatan yang bersaing dalam Piala Presiden dan Liga Belia untuk diserapkan ke dalam pasukan senior.

"Dengan pelantikan Datuk K. Rajagopal sebagai ketua jurulatih pasukan untuk musim depan kita berharap pasukan Sarawak akan lebih cemerlang dalam Liga Malaysia musim baharu," tambahnya.

Abdullah berkata jurulatih pasukan belia Sarawak Fuad Grbesic dengan bantuan beberapa jurulatih tempatan sedang mencari pemain yang boleh diserapkan untuk membentuk pasukan senior negeri.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa beberapa pemain berpengalaman dari negeri lain dan pemain import masih diperlukan untuk menguatkan pasukan Sarawak. Sementara itu Abdullah mengumumkan perlawanan Sarawak menentang JDT pada Sabtu ini ditunda ke 24 Oktober depan.

Tags / Kata Kunci: FAS , FAM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan