Tiga Perlawanan Piala Malaysia 2015 Ditunda

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 dipinda ke tarikh baharu, berikutan pasukan Johor Darul Ta'zim(JDT) layak ke separuh akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain itu, penundaan tarikh perlawanan tersebut juga adalah disebabkan pertindihan venue.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan perlawanan ketiga Kumpulan B antara Sarawak dan JDT di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu ini (26 Sept) dipinda kepada 24 Oktober.

JDT akan berkunjung ke Kuwait untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFC menentang juara bertahan, Qadsia SC di tempat lawan pada 29 September.

FAM turut memaklumkan perlawanan keempat Kumpulan B antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 3 Okt, dipinda kepada 4 Okt, namun tiada sebab khusus dinyatakan.

Perlawanan Kumpulan D antara PDRM dan PKNS di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini (26 Sept) juga dipinda ke 28 Sept, memandangkan Selangor akan menggunakan stadium berkenaan untuk aksi Kumpulan C menentang Felda United pada hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia 2015

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan