Dua Pemain Arsenal Disingkir, Chelsea Menang 2-0

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 10:19 PM

Eden Hazard meraikan gol kedua buat Chelsea ketika menentang Arsenal di Stamford Bridge, London pada malam Sabtu. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

CHELSEA memperoleh tambahan tiga mata apabila menewaskan Arsenal di Stamford Bridge pada perlawanan Liga Perdana Inggeri malam Sabtu.

Gol yang dihasilkan Kurt Zouma dan Eden Hazard membawakan kemenangan buat pasukan tuan rumah dengan 2-0.

Chelsea diberi tekanan pada 10 minit permulaan permainan namun mereka kemudian secara perlahan kembali melemahkan pertahanan Arsenal.

Peluang pertama The Blues tercipta pada minit ke-21. Begitu juga pada minit ke-43, giliran Pedro mengancam gawang Arsenal.

Drama berlaku pada masa kecederaaan apabila pemain Arsenal, Gabriel Paulista dilayangkan kad merah setelah menendang kaki Diego Costa.

Sehingga wisel ditiupkan, tiada gol yang berjaya dihasilkan apabila separuh masa pertama ditamatkan dengan 0-0.

Pada babak kedua, menerusi minit ke-53, akhirnya Chelsea memecah kebuntuan buat kelab itu apabila Kurt Zouma menggegarkan gawang Arsenal.

Tandukan Zouma itu hasil tendangan bebas Cesc Fabregas.

Sementara itu, usaha Arsenal untuk meraih gol sebagai balasan semakin sukar. 

Ini kerana mereka terpaksa bermain dengan hanya sembilan pemain selepas Santi Cazorla mendapat kad merah kerana melanggar Cesc Fabregas.

Chelsea mencatatkan gol pada minit ke-90 hasil sepakan Hazard. 

Sehingga ke penamat, The Blues terus mengekalkan kemenangan sekali gus merupakan kejayaan kedua pada musim ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan