Mourinho Mahu Bentuk Barisan Pemain Lebih Kukuh, Cuba Dapatkan Jose Gaya

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 11:27 AM

Jose Gaya

(Ubah saiz teks)

SELEPAS permulaan buruk musim ini, Chelsea kembali membentuk pasukan yang lebih kukuh bagi membolehkan mereka menjulang trofi sekali Liga Perdana musim lalu dengan kemenangan 4-0 dalam Liga Juara-Juara.

Berdepan Maccabi Tel Aviv, terbukti tiada halangan untuk kelab dari barat London itu menang apabila jaringan Willian, Oscar, Diego Costa dan Cesc Fabregas memastikan kelab itu membuat permulaan yang baik dalam saingan Liga Juara-Juara.

Walau bagaimanapun, pembentukan pasukan domestik Chelsea masih merupakan masalah besar bagi Jose Mourinho, dengan Blues kini dua mata di atas zon penyingkiran selepas memenangi hanya satu daripada lima perlawanan.

Justeru, pengurus dari Portugis itu dilihat sudah mengalihkan perhatian kepada beberapa perniagaan yang produktif untuk musim sejuk ini dan menyasarkan beberapa pemain baru.

Berikut adalah cakap-cakap mengenai pemindahan terkini yang keluar dari Stamford Bridge:

Pemain pertahanan Valencia Jose Gaya telah menarik perhatian beberapa kelab elit dengan aksinya yang hebat dalam La Liga di bawah pengurus Nuno.

Real Madrid dan Barcelona dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain 20-tahun itu, tetapi Chelsea juga sedang bersaing untuk menandatanganinya.

Laporan di Sepanyol mengatakan Blues terdesak untuk memastikan perpindahannya pada musim sejuk ini dan oleh itu mempertimbangkan untuk membayar £36.6 juta untuk klausa pelepasannya.

Sementara itu, selepas permulaan yang buruk oleh  pemain antarabangsa Serbia Branislav Ivanovic untuk musim baru, Mourinho nampaknya mempersoalkan mengenai jangka hayat pemain itu dalam pasukan utama.

Kelab itu dikatakan merancang untuk menawarkan pemain pertahanan itu lanjutan kontrak 12 bulan, tetapi dalam masa yang sama pengurus Chelsea itu mahu mencari penggantinya.

Skuad kelab itu dilaporkan telah diarahkan untuk melihat dalam pasaran untuk mencari penggantinya.

Dalam pada itu, Diego Costa, pemain berusia 26 tahun menikmati musim pertama yang produktif dalam Liga Perdana tetapi nampaknya bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di England.

Sebagai jawapan kepada persoalan mengenai masa depannya di barat London, ramai berpandangan bahawa dia sedang berunding dengan bekas kelabnya Atletico Madrid.

Tetapi bercakap selepas kemenangan Chelsea dalam perlawanan Liga Juara-Juara, pemain antarabangsa Sepanyol itu menafikan dakwaan bahawa dia sedang berhubungan dengan kelab itu.
Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Jose Gaya

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan