Azman Kecewa Kelantan Tak Manfaat Peluang Di Laman Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2015 2:24 PM

Pemain Kelantan Iwuji Amamchi (kiri) diasak Pemain pertahanan Felda United Shukur Adam pada aksi perlawanan Piala Malaysia 2015 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pengurus pasukan The Red Warriors, Azman Ibrahim melahirkan rasa kecewa atas kegagalan pemain Kelantan memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Felda United.

Beliau berkata pemain gagal beraksi cemerlang dan mempamer kekuatan sepertimana semasa menewaskan pasukan Selangor pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

"Pemain perlu perbaiki perkara ini, perlu sentiasa bersefahaman jika mereka ingin ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Kumpulan C antara Kelantan dan Felda United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Jumaat.

Dalam pada itu, Azman berharap penyokong tidak mengaitkan keputusan itu dengan masalah tunggakan gaji yang sedang melanda Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ketika ini.

Katanya, The Red Warriors mampu menewaskan pasukan Selangor pada ketika masalah tunggakan gaji itu masih belum diselesaikan.
Tags / Kata Kunci: KAFA , The Red Warriors , Azman Ibrahim

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan