Southampton, Belanda Rebut Ronald Koemen - Bola Sepak | mStar

Southampton, Belanda Rebut Ronald Koemen

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

RONALD Koemen akan ditawarkan lanjutan kontrak di Southampton selepas berjaya membawa kelab itu menjadi pesaing hebat dalam Liga Perdana Inggeris.

Koeman menyertai Southampton dengan kontrak selama tiga tahun pada 2014 dan menarik perhatian ramai mengenai kejayaan membawa kelab itu.

Bagaimanapun, Koeman mula dikaitkan dengan tugas sebagai ketua jurulatih Belanda selepas skuad negaranya gagal mempamerkan aksi terbaik pada saingan Euro 2016.

Akibat tidak mahu kehilangan jurulatih itu, St Mary sedia menawarkan lanjutan kontrak yang turut menaikkan gaji Koemen.

Koeman menyertai Southampton bagi menggantikan Mauricio Pochettino yang berhijrah ke Tottenham.

Dia juga berjaya memenangi pengurus terbaik Liga Perdana Inggeris bagi bulan September 2014 dan Januari 2015.

Tags / Kata Kunci: Southampton , Belanda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan