Dua Persatuan Bola Sepak Negeri Didenda

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 8:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua persatuan bola sepak negeri menerima padah setelah didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat tindakan liar penyokong masing-masing dalam saingan Piala Malaysia 2014 dan Liga Super 2015.

FAM dalam kenyataan memaklumkan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM80,000, selain bermain dua perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kerana didapati bersalah melanggar Artikel 25 Kod Tatatertib FAM 2015.

Kesalahan itu, jelas FAM diputuskan selepas penyokong Sarawak bertindak membakar dan melontar mercun, suar dan bom asap ke kawasan persekitaran padang selain merosakkan kenderaan polis dan membaling batu ke bas pasukan pelawat pada tiga perlawanan berbeza di Stadium Negeri, Kuching.

Perlawanan berkenaan adalah aksi Piala Malaysia 2014 antara Sarawak dan Perak pada 30 Ogos 2014, selain dua perlawanan Liga Super membabitkan Sarawak berdepan Perak pada 20 Jun 2015 serta Sarawak menentang Felda United pada 27 Jun 2015.

Dalam pada itu, badan induk itu turut mengenakan denda berjumlah RM31,250 kepada Persatuan Bola Sepak Selangor atas dua kesalahan berbeza yang dilakukan pada aksi Liga Super 2015 antara Selangor dan Pahang di Stadium Shah Alam, 4 Julai lepas.

Kesalahan pertama adalah membakar dan melontar mercun serta suar ke kawasan persekitaran padang, manakala kesalahan kedua adalah mempamerkan slogan menghina dan berunsurkan politik.

Dua kesalahan berkenaan, menurut FAM melanggar Artikel 70 para 1, selain Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015 iaitu kesalahan berulang.

FAM memaklumkan kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan, turut  diberi amaran keras dan bakal dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan, bagaimanapun dibenarkan membuat rayuan di atas denda yang dikenakan itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , denda

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan