Liga Juara-Juara Eropah: Tiga Pasukan Dari Sepanyol Raih Kemenangan Pertama

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 7:30 AM

Pemain Atletico Madrid, Saul Niguez (kiri) cuba merebut bola daripada pemain Galatasaray, Wesley Sneijder dalam perlawanan peringkat kumpulan C, Liga Juara-Juara Eropah di TT Arena Stadium, Istanbul, awal pagi Rabu. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

TIGA pasukan dari Sepanyol iaitu Real Madrid, Atletico Madrid, dan Sevilla berjaya meraih kemenangan dalam perlawangan pertama mereka di Liga Juara-Juara 2015/16.


Real Madrid berpesta gol dalam perlawanan pertama yang diadakan serentak pukul 2.45 pagi (waktu Malaysia). Skuad Los Blancos menang ke atas pasukan tetamu, Shakhtar Donetsk dengan jaringan gol 4-0 di Santiago Bernabeu.

Empat gol Madrid diperolehi melalui Cristiano Ronaldo yang melakukan hatrik pada minit ke 55, 63, 81 dan gol Karim Benzema pada minit ke-30.

Gol hatrik itu sekali gus menjadikan Ronaldo menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara. Tambahan tiga gol tersebut menjadikan jumlah gol yang dikumpulkan Ronaldo setakat ini sebanyak 80 gol.

Pasukan 'satu kota' dengan Madrid, Atletico, juga meraih kemenangan pertama mereka di Liga Juara-Juara musim ini.

Atletico berjaya mengenepikan tuan rumah, Galatasaray, 2-0.

Dua gol pasukan Diego Simeone itu disumbangkan oleh penyerang yang berasal dari Perancis Antoine Griezman (18') dan (25').

Dari sudut lain, kekalahan di kandang sendiri itu membuatkan Galatasaray tidak pernah menang dalam sembilan pertandingan terakhir dalam saingan antara kelab Eropah.

"Setengah jam pertama adalah masa yang sangat baik bagi kami," kata Simeone.

"Pasukan kami sangat kompetitif dan kami berharap dapat beraksi seperti yang telah dilakukan sejauh ini untuk memenuhi kehendak pelatih."

Sementara itu juara Liga Europa musim lalu, Sevilla berjaya menewaskan pasukan dari Jerman, Borussia M'gladbach, dengan 3-0.

Tiga gol pasukan yang paling banyak menjuarai Liga Europa itu disumbangkan oleh Kevin Gameiro (47'), Ever Banega (66') dan Evgen Konoplyanka (84').

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan