Piala AFC: JDT Lakar Sejarah Wakil Malaysia Pertama Layak Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 2:11 AM

Mahali (kiri) menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-26.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFC, sejak kejohanan bola sepak itu diperkenalkan pada 2004.


Kemenangan 3-1 ke atas wakil Hong Kong, South China pada suku akhir kedua di Stadium Mongkok, Hong Kong malam ini, menyaksikan JDT mara ke separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2.

Kedua-kedua pasukan sebelum ini, seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 25 Ogos lepas.

Pada aksi Selasa malam, Mahalli Jasuli meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-26, sebelum Mahama Awal menyamakan kedudukan untuk South China, selang dua minit kemudian.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-30 untuk skuad Harimau Selatan mendahului 2-1.

JDT bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Luciano Figueroa dilayangkan kad merah oleh pengadil, Fahad Jaber Al-Marri dari Qatar pada minit ke-36, setelah pemain import dari Argentina itu mengasari pemain tuan rumah, Cheung Chi Yung.

Kehilangan seorang pemain nyata tidak menjejaskan rentak permainan JDT yang berjaya menambah gol ketiga pada masa kecederaan babak pertama perlawanan, menerusi Safee yang bijak menyambar bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol tuan rumah, Cristian Mora.

Bersambung separuh masa kedua, South China kembali menggandakan asakan dan mereka hampir mengurangkan defisit jaringan, namun sepakan penalti yang diambil kapten pasukan, Bojan Malisic pada minit ke-87 tinggi melewati pintu gol JDT, dan keputusan 3-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT dijadual menentang pemenang perlawanan antara Al-Jaish dari Syria atau kelab Kuwait, Qadsia SC pada peringkat separuh akhir, yang berlangsung mengikut format timbal balik, pada 29 Sept dan 20 Oktober ini.

Tags / Kata Kunci: JDT , Piala AFC , Separuh Akhir

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan