Pesuruhjaya Sukan Hanya Boleh Gantung Persatuan Sukan Sahaja - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Sukan hanya mempunyai kuasa bertindak ke atas persatuan sukan, bukan terhadap pengurusan stadium mahu punpihak berkuasa, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu polis dan stadium dikenakan penggantungan sama jika badan induk itu digantung, Khairy menjelaskan Pesuruhjaya Sukan hanya boleh bertindak mengikut bidang kuasanya.

Bagi Khairy, keadaan itu sama seperti jika ada kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia kerana FAM hanya boleh mengambil tindakan terhadap persatuan bola sepak negeri, bukan pihak berkuasa ataupun stadium.

"Contohnya, jika ada penyokong yang membaling suar pada perlawanan Liga Malaysia...FAM tidak boleh gantung polis. Sama juga dengan Pesuruhjaya Sukan, mereka tidak boleh gantung polis.

"Kita hanya boleh minta polis pertingkatkan lagi kawalan mereka," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Abdullah mengenai insiden kekecohan di Stadium Shah Alam pada 8 September lepas.  

Kekecohan itu dicetuskan penyokong negara yang membaling suar dan mercun roket ke padang sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/PialaAsia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi.

Akibatnya, pengadil menghentikan permainan pada minit ke-88 ketika Arab Saudi sedang mendahului 2-1. Ahad lepas, Tengku Abdullah berpendapat kelemahan aspek keselamatan di Stadium Shah Alam ketika perlawanan itu, bukan salah FAM semata-mata.

Tengku Abdullah bagaimanapun menjelaskan FAM sedia bertanggungjawab atas kekecohan tersebut, namun pada masa sama, insiden yang mencalar imej bola sepak negara itu tidak seharusnya dibebankan sepenuhnya ke atas badan induk itu.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan PPS yang ingin mengenakan hukuman gantung kepada persatuan itu jika gagal menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 9 September dalam masa 14 hari berhubung kekecohan berkenaan.

Mengulas sama ada FAM telah menjawab notis tunjuk sebab berkenaan, Khairy berkata sehingga kini beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pesuruhjaya sukan.    

"Jika FAM mahu berjumpa dengan saya mengenai hal ini...tidak ada masalah tapi kena tunggu dulu jawapan yang akan diberikan oleh pesuruhjaya sukan. Lepas itu baru sesuai nak jumpa," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pesuruhjaya Sukan , Khairy Jamaluddin , FAM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan