Piala AFC: Pahang Mahu Menang Di Gelanggang Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pahang berazam mencatatkan kemenangan pada perlawanan menentang Istikol FC , meskipun tewas 0-4 kepada kelab dari Tajikistan itu pada pusingan pertama Piala Konfederasi Asia (AFC) 2015, Ogos lalu.

Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata beliau memiliki keyakinan tinggi kepada anak buahnya untuk mencatat kejayaan pada perlawanan pusingan kedua di Stadium Darul Makmur di sini, kerana segalanya mungkin dalambola sepak.

"Sekiranya pasukan lawan boleh menjaringkan empat gol di tempat mereka, kita juga boleh melakukan perkara sama untuk melayakkan diri. Di atas kertas memang nampak sukar, tapi tiada yang  mustahil dalam bola sepak," katanya pada sidang media pada Selasa.  

Turut hadir ialah Kapten Skuad Pahang Razman Roslan, Ketua Jurulatih Istiklol FC Mubin Ergashev dan pemain pertahanan Istiklol FC, Eeraj Rashabov.

Zainal juga berkata jika pasukannya berjaya menang pada perlawanan itu, ia akan meningkatkan moral pemain dan memberi impak besar untuk mengharungi saingan Piala Malaysia yang baharu bermula.

Beliau juga bersyukur kerana dua tonggak utama iaitu Razman Roslan dan Dickson Nwakaeme semakin pulih daripada kecederaan dan dijangka dapat diturunkan pada aksi penting itu.

"Moral pemain agak jatuh selepas gagal merebut gelaran juara Liga Super,kecederaan beberapa pemain dan faktor padang.

"Ini antara punca kita tewas tetapi kami telah melakukan penambahbaikan danPahang akan turun dalam prestasi terbaik kali ini," katanya.

Sementara itu,  Razman berkata beliau dan rakan sepasukan akan memperkemas benteng pertahanan selain berusaha mencipta gol secepat mungkin bagi mencerahkan peluang skuad Tok Gajah untuk menang.

Ergashev bagi pihak Istiklol FC pula berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang tekanan pada aksi ini dan akan berusaha meneruskan rentak cemerlang.

"Kami menjangka akan berdepan dengan satu perlawanan yang kental dan menarik. Bagaimanapun, kami sentiasa fokus dan bersedia untuk berhadapan dengan Pahang tanpa tekanan," katanya.

Rashabov pula berkata beliau akan merantai pergerakan lawan khususnya Matias Conti kerana pemain Argentina itu dilihat berupaya mengancam gawang.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zainal Abidin Hassan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan