Pengambilan Ketua Jurulatih Secara Terbuka Adalah Yang Terbaik - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 9:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengambilan jurulatih bola sepak negara secara terbuka adalah keputusan terbaik supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat melihat dan menilai calon yang layak.      

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, berkata proses berkenaan dapatmembantu FAM membuat pertimbangan sewajarnya.   

"Saya serahkan proses pengambilan jurulatih secara terbuka ini kepada FAM...memang hak mereka untuk memilih jurulatih. Pada pandangan saya, lebih baik kita buat secara terbuka.    

Namun, kita kena lihat siapa yang tampil untuk buat pembaharuan dalam sistem kejurulatihan bola sepak negara ini," katanya ketika mengulas mengenai kekosongan jawatan ketua jurulatih kebangsaan selepas peletakan jawatan Dollah Salleh pada 4 September lepas susulan kekalahan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).    

FAM melalui laman web rasminya berkata mereka mempunyai tempoh masa antara sebulan hingga tiga bulan iaitu selewat-lewatnya hujung Disember ini untuk menamakan ketua jurulatih baharu.

Jawatan itu diiklankan dan ia terbuka untuk dimohon oleh jurulatih asing mahupun jurulatih tempatan.    

Khairy berpendapat adalah tidak perlu untuk mengambil jurulatih dari luar namun keputusan itu adalah terpulang kepada pihak FAM.    

Dalam tempoh sehingga ketua jurulatih kebangsaan yang baharu dinamakan, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai jurulatih sementara skuad kebangsaan.

Tags / Kata Kunci: Ketua jurulatih , FAM , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan