Jelajah UK: Skuad B-13 Benam Barnsley 7-0

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 9:00 AM

Aksi pemain B-13 Tahun negara, Danial Amali yang menjaringkan gol kedua ketika aksi bertemu Barnsley. Foto: NFDP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 13 Tahun (B-13) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) tidak membuang masa untuk melakar kemenangan besar 7-0 ke atas pasukan Barnsley District School Football Association sempena Jelajah United Kingdom (UK) awal pagi Isnin.

Skuad muda negara tampil garang dengan memakai jersi warna kebanggaan skuad negara, kuning hitam dengan menjaringkan tiga gol tanpa bolos pada babak pertama permainan. Malaysia memperolehi dua gol melalui Danish Amali manakala gol kedua hadir apabila pemain tuan rumah melakukan kesilapan sehingga bola melantun ke gol sendiri.

Bersambung ke babak kedua, ketua jurulatih Lim Teong Kim melakukan pertukaran kesemua sebelas pemain dengan memasuki senarai baharu.

Ternyata skuad muda yang digelar Kancil ini sukar dihalang apabila berjaya menembusi empat gol lawan sekaligus mencatat kemenangan besar tujuh gol tanpa balas sehingga tamat perlawanan. Pasukan negara ini tiba di Manchester pada Sabtu lalu dalam misi Jelajah UK lebih kurang dua minggu dijadualkan berdepan dengan skuad muda kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Divisyen 1 dan 2.

Skuad pembangunan B-13 yang diketuai Pengarah Teknikal PPBN, Teong Kim dan diiringi bersama 10 orang Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) bakal meneruskan perlawanan persahabatan termasuk dengan pasukan Sheffield (15 Sept), Liverpool (17 Sept), Manchester City (18 Sept), Ipswich Town (20 Sept), Crystal Palace (21 Sept), Brenford FC (22 Sept), Reading FC (22 Sept), West Ham United (23 Sept),  Tottenham Hotspur (24 Sept) dan QPR FC  pada 25 September ini.

Pada Jun lalu, skuad ini turut menceriakan peminat-peminat bola sepak tempatan selepas melakar sejarah tersendiri dengan menjuarai Piala Iber B-13 Costa del Sol di Sepanyol sempena misi Jelajah Eropah.

Tags / Kata Kunci: PPBN , B-13 , Lim Teong Kim , Jelajah UK

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan