Aksi Piala Malaysia Ditunda Jika IPU Melebihi 150

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 5:05 PM

Keadaan jerebu yang melanda di Petaling Jaya. Foto:IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat ketetapan bahawa perlawanan Piala Malaysia 2015 yang sedang berlangsung ketika ini akan ditunda ke tarikh lain jika didapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di venue terlibat melebihi 150.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, pengiraan bacaan IPU itu akan dibuat setiap sejam pada hari perlawanan dan status sama ada perlawanan di venue terlibat dapat diteruskan atau ditunda akan diputuskan oleh pesuruhjaya perlawanan (match commissioner).

"Kita akan memantau bacaan IPU setiap sejam iaitu sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.

"Kita telah berbincang banyak perkara pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM dan turut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan berkaitan isu jerebu ini.

"Selepas mengambil kira semua perkara, kita telah membuat ketetapan bahawa mana-mana perlawanan Piala Malaysia 2015 yang bacaan IPU di venue berkenaan melebihi 150, pesuruhjaya perlawanan akan mengadakan perbincangan untuk menentukan status perlawanan  tersebut sama ada ditunda atau sebagainya," jelas dalam satu kenyataan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin.

Menurut Afandi, jika ada penundaan, pihaknya akan mengikut peraturan yang digunapakai untuk menentukan tarikh baharu perlawanan terlibat yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

"Kita terpaksa membuat ketetapan hanya pada hari perlawanan kerana jerebu tidak boleh dijangka. 

"Bacaan IPU sentiasa berubah setiap hari," jelas Afandi.Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 telah berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Perlawanan kedua dijadual berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: FAM , IPU , Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan