Tewaskan Aston Villa 3-2, Leicester Hampiri Kedudukan Man City

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 7:33 AM

Aksi pemain Leicester City, Jamie Vardy menghasilkan jaringan kedua bagi menyamai kedudukan dengan Aston Villa pada minit ke-82. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

LEICESTER City meneruskan rekodnya tanpa kalah pada musim ini apabila menewaskan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power di Leicester, England pada awal pagi Isnin.

Leicester City berjaya menamatkan perlawanan dengan 3-2 ke atas Aston Villa walaupun pada mulanya kelab itu ketinggalan dua mata pada pertengahan separuh masa kedua.

Aston Villa sempat mengungguli perlawanan menerusi jaringan Jack Grealish pada minit ke-39 dan Carles Gil (minit ke-63).

Bagaimanapun, Leicester City kembali berjuang untuk memperbetulkan keadaan.

Pada minit ke-72, Leicester City berhasil memperkecilkan ketinggalannya menerusi tandukan Ritchie de Laet dengan memanfaatkan umpan tendangan penjuru dari Riyad Mahrez.

Hanya berselang 10 minit, Leicester City berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Jamie Vardy dengan memaksimumkan umpan silang mendatar daripada Daniel Drinkwater.

Stadium King Power bersorak apabila pemain pilihan mereka, Nathan Dyer meraihkan gol kemenangan pada minit ke-89.

Kemenangan tersebut membuatkan Leicester City berjaya memintas Manchester United menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris dengan 11 mata.

Dengan tambahan tiga gol itu juga membuatkan kelab itu menyamai jumlah 11 gol dengan Manchester City yang berada di tempat teratas.

Namun perbezaannya ialah gawang mereka sudah tujuh kali dibolosi pihak lawan sedangkan ia masih belum berlaku kepada Manchester City.

Tags / Kata Kunci: Leicester City , Aston Villa

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan