Tempoh Tiga Bulan FAM Cari Jurulatih Kebangsaan Baharu

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 8:02 PM

Abdul Mokhtar Ahmad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai masa lebih kurang tiga bulan untuk mencari jurulatih kebangsaan baharu selepas peletakan jawatan Dollah Salleh pada 4 September lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, kekosongan jawatan ini akan diiklankan dan ia terbuka kepada jurulatih tempatan mahupun asing.

"Kita mempunyai tempoh masa antara sebulan hingga tiga bulan iaitu selewat-lewatnya penghujung Disember 2015 untuk menamakan siapa ketua jurulatih baharu.

"Memang dari sudut tertentu, ramai yang mahukan ia di kalangan jurulatih asing tetapi kita terbuka. Siapa yang mencapai kriteria, tiada masalah untuk kita memilihnya. 

"Kriteria yang kita tekankan ialah individu tersebut mestilah memiliki keupayaan dan mempunyai tahap profesionalisme yang baik. Kita tak mahu nanti akan dikatakan memilih individu yang asal boleh saja. Kita kena pilih dengan teliti," jelasnya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Penilaian Pasukan-Pasukan Kebangsaan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin.

Sementara itu, Abdul Mokhtar berkata, Datuk Ong Kim Swee (ketua jurulatih skuad B-23) akan kekal sebagai jurulatih sementara skuad kebangsaan sehingga penghujung Disember 2015.

Selain itu, pada mesyuarat tersebut turut dibincangkan mengenai status ketua jurulatih skuad B-23 negara yang akan diisi secepat mungkin.

"Bagi jawatan ketua jurulatih skuad B-23 negara, disebabkan masa tidak mengizinkan, kita perlu melakukan proses pemilihannya dengan secepat mungkin. 

"Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan perlu menubuhkan satu panel pemilihan yang terdiri daripada pegawai-pegawai MSN dan wakil-wakil daripada FAM dalam masa terdekat ini. Untuk jawatan ini, kita akan iklankan juga. 

"Biarpun kita ketahui Datuk Ong Kim Swee masih merupakan ketua jurulatih skuad B-23 negara sehingga kontraknya tamat penghujung Disember 2015, beliau akan terus dengan tugasannya selaku jurulatih sementara skuad kebangsaan ketika ini sehingga tempoh berkenaan. 

"Dalam tempoh seminggu ini juga, saya akan berjumpa dengan beliau untuk menjelaskan situasi ini kerana memahami beliau turut memerlukan satu keputusan pasti mengenai statusnya," jelas Abdul Mokhtar.

Abdul Mokhtar turut menjelaskan mengenai status program Harimau Muda sama ada akan dikekalkan atau pun tidak.

"Berhubung mengenai status sama ada program Harimau Muda akan dikekalkan atau tidak, kita akan buat satu kertas putih (laporan berwibawa tentang sesuatu isu atau masalah dengan tujuan mendidik dan membantu orang membuat keputusan) untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM akan datang bagi dibuat keputusannya.

"Ia membabitkan semua program Harimau Muda sedia ada iaitu bagi skuad B-23, B-21 dan B-19 negara.

"Kertas putih ini akan dihasilkan menerusi perbincangan di kalangan mereka yang terdiri daripada golongan pakar dalam industri bola sepak termasuk media, teknikal (bekas pemain & jurulatih) dan akademik," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: FAM , Datuk Abdul Mokhtar Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan